Lanjutan Tempoh Perundingan Awam: Mekanisme Pengendalian Aduan dan Penyelesaian Pertikaian di bawah MTCS

[Klik untuk versi Bahasa Inggeris]

Kepada Ahli Awam / Pihak Berkepentingan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS),

Merujuk kepada pengumuman awal bertarikh 2 Mei 2025, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) ingin memaklumkan bahawa tempoh perundingan awam bagi draf MTCS GD 3003:2025 Mekanisme Pengendalian Aduan dan Penyelesaian Pertikaian – yang pada asalnya dijadualkan berakhir pada 31 Mei 2025, telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2025 (Isnin).

Pelanjutan ini diberikan bagi membolehkan pihak berkepentingan meneliti draf dokumen tersebut denga lebih mendalam dan mengemukakan maklum balas, sekaligus memastikan penyertaan yang lebih inklusif serta mekanisme yang lebih kukuh dan telus. Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, draf dokumen ini bertujuan untuk mempertingkatkan struktur, kejelasan dan kecekapan proses pengendalian aduan sedia ada. Setelah dimuktamadkan, dokumen ini akan menggantikan dokumen semasa MTCS GD 3003:2023.

Maklum balas anda amat penting dalam membentuk mekanisme aduan yang lebih berkesan dan mudah diakses. Segala maklum balas yang diterima akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk penambahbaikan dokumen panduan ini.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi En. Muhammad Hasif Azizan di [email protected] / +60183225742. 

MTCC amat menghargai sokongan dan sumbangan berterusan anda.

Terima kasih.

6 Jun 2025

Select the relevant application to begin your certification, trademark, or notification process with MTCC

Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS)

Malaysian Timber Certification Scheme sets standards for sustainable forest management and timber supply chains.

MTCC Trademark Usage

Request approval to use the MTCC trademark

PEFC Notification for Certification Bodies

Authorisation for certification bodies to issue PEFC certificates under Malaysia's MTCS

PEFC Trademark Usage

Guidelines and approval for authorised PEFC trademark use