Semakan Standard MTCS – Maklumbalas Awal Terhadap Standard Sedia Ada

[Klik untuk versi Bahasa Inggeris]

Kepada Ahli Awam / Pihak Berkepentingan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS),

Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) sedang menjalankan semakan berkala terhadap dua standard di atas di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia (MTCS). Semakan ini bertujuan untuk memastikan kesesuaian berterusan, penjajaran dengan keperluan antarabangsa (contohnya PEFC), dan mengambil kira kepentingan situasi tempatan dan negara serta pihak berkepentingan. Maklum balas anda akan membantu memperkukuhkan MTCS dengan memperbaiki kejelasan, kebolehlaksanaan dan keberkesanan standard.

Semakan semula terhadap standard Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS), khususnya MTCS ST 1002:2021 Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pengurusan Hutan Mampan dan MTCS ST 1003:2021 Pensijilan Pengurusan Hutan Berkumpulan – Syarat, merupakan proses penting untuk memastikan standard  ini kekal relevan, berwibawa dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan hutan mampan dan pensijilan. 

Semakan ini adalah selaras dengan keperluan dalam MTCS ST 1001:2021 Prosedur Penetapan Standard bagi Standard Pensijilan Pengurusan Hutan, yang mensyaratkan semakan standard secara berkala sekurang-kurangnya setiap lima tahun atau lebih awal jika perlu. Ia juga mencerminkan keperluan untuk menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi yang semakin berubah serta jangkaan pihak berkepentingan di peringkat nasional dan antarabangsa. 

Di samping itu, penjajaran dengan keperluan Program Pengesahan Pensijilan Hutan (PEFC), khususnya PEFC ST 1001:2017 Keperluan Penetapan Standard dan PEFC GD 1007 Pengesahan dan Pengiktirafan Bersama Sistem Pensijilan Serta Semakan Semula, adalah penting bagi mengekalkan status pengesahan MTCS serta memastikan keserasian dengan standard penanda aras PEFC yang terkini. 

Melalui semakan ini, MTCC bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan, kejelasan, dan kebolehgunaan standardnya serta memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan dan pengiktirafan antarabangsa. Sejajar dengan itu, MTCC sedang mendapatkan maklum balas awal terhadap standard sedia ada, khususnya MTCS ST 1002:2021 dan MTCS ST 1003:2021.

Berikut adalah pautan kepada dokumen standard yang berkaitan:

LANGKAH PENYERTAAN: 

OPSYEN 1: MELALUI ‘GOOGLE FORM’

  1. Akses borang tersebut melalui pautan di bawah:: 

https://forms.gle/SndF9hK89P7rDzDB6

  • Sebagai alternatif, akses borang tersebut dengan mengimbas kod QR di bawah: 

OPSYEN 2: MELALUI E-MEL

  1. Muat turun Borang Maklum Balas daripada Laman Web MTCC. Ia boleh diakses melalui pautan ini:  
  2. Lengkapkan Borang Maklum Balas dan e-melkannya bersama dengan lampiran yang berkaitan (jika ada) kepada: [email protected]

OPTION 3: MELALUI POS 

  1. Muat turun Borang Maklum Balas daripada Laman Web MTCC. Ia boleh diakses melalui pautan ini:  
  2. Lengkapkan Borang Maklum Balas dan poskannya bersama dengan lampiran yang berkaitan (jika ada) ke alamat:  

MAJLIS PENSIJILAN KAYU MALAYSIA

C-08-05, BLOK C, MEGAN AVENUE II

NO. 12, JALAN YAP KWAN SENG

50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

(Perhatian: Unit Pengurusan Hutan)

5 Jun 2025

Scroll to Top