A Study on Agarwood Wins Freezailah Forest Sustainability Award 2022

KUALA LUMPUR, 16 December 2022 – Graduating with flying colours and an exceptional final year project thesis on optimising the formation of agarwood has won Alexander Irvin Joseph the Freezailah Forest Sustainability Award 2022, an academic award jointly initiated by the Malaysian Timber Certification Council (MTCC) and the Science and Natural Resources Faculty, Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Alexander, who graduated with a Bachelor’s Degree in Wood Technology and Industry, received RM2,000 cash and a certificate of achievement from MTCC for his study titled “The Effect of Different Inoculants on the Wood Properties and Agarwood Formation of Aquilaria malaccensis Branch Wood”. 

Alexander, who comes from Kampung Marabahai in Tuaran, Sabah was overwhelmed by his winning and said that the research had a sentimental value to it as it was inspired by his own family experience which makes a decent living out of Aquilaria malaccensis or Karas trees. 

“I have many family members who grow Karas or work in Karas plantations. We are aware that the tree can give good returns, but we don’t know the cheapest and the best biological way to inoculate it for agarwood production. This has led me to find a biological inoculant which serves as a ‘vaccine’ to the tree and started experimenting using cultured fungi. My research site is in my aunt’s backyard in Tuaran,” said the Sabahan who planned to pursue his postgraduate study and do more researches on agarwood. 

The award was presented by Pro-Chancellor, Tan Sri Azman Hashim together with MTCC’s Board Member, Datuk Haji Zainie Abdul Aucasa and Chua Yong Perng at the award presentation ceremony held in conjunction with UMS’ 24th convocation on 12 December. Also present at the occasion were Vice Chancellor, Datuk Dr Kasim Haji Mansor, Deputy Vice Chancellor (Academic and International), Professor Rasid Mail and Dean of Tropical Forestry, Associate Professor Dr Normah Awang Besar@Raffie.    

MTCC Board Member, Zainie commended Alexander on his interesting research on comparing the effects of two types of fungi – Fusarium sp. and Aspergillus sp. – as biological inoculants on wood macroscopic, wood microscopic and agarwood formation of Aquilaria malaccensis branch wood.

“What makes it more interesting is the potential of Alexander’s findings to be used as the basis to bring more positive impact not only to the local communities whose livelihoods depend on the tree species, but also towards optimising the commercial values of non-timber forest products like agarwood for the future,” said Zainie who is the President of Sabah Wetlands Conservation Society.

He said Alexander was chosen out of five nominees where they were judged based on the overall academic achievement as well as final year projects relating to forest sustainability such as sustainable forest management, forest certification, natural resources management, environmental impact assessment and the utilisation of timber and non-timber forest products. The winning research was also chosen based on its potential to pave the way for more future findings which can contribute towards strengthening sustainable forest management efforts or expanding the scope of certification under the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS).  

MTCC Board Member and Deputy President of Sabah Timber Industries Association (STIA), Chua said apart from increasing the awareness on the importance of maintaining forest and natural resources, MTCC hopes that the award will be an inspiring beginning for deserving graduates to take up forest sustainability or other sustainability-related fields as their career choice. 

Year 2022 marks the seventh year of establishment of the Freezailah Forest Sustainability Award which is aimed at inspiring a new generation of forestry talents to excel in their studies and inculcates greater passion and love for the forests and sustainability among tertiary students. The academic award is in honour of MTCC’s Founding Chairman, Dato’ Dr Freezailah Che Yeom who has contributed significantly to the growth of MTCC, and has been instrumental in the development of the MTCS as a globally recognised certification scheme as it is today.   


Graduan Cemerlang UMS Terima “Freezailah Forest Sustainability Award 2022” untuk Kajian Berkaitan Penghasilan Gaharu 

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Prestasi akademik yang cemerlang dan tesis tahun akhir mengenai kaedah mengomptimakan penghasilan gaharu telah melayakkan Alexander Irvin Joseph dipilih sebagai penerima “Freezailah Forest Sustainability Award 2022” – Satu inisiatif anugerah akademik yang dianjurkan bersama oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS).   

Selain kecemerlangan akademik secara keseluruhan, graduan Ijazah Teknologi Kayu dan Industri ini membawa pulang RM2,000 serta sijil penghargaan untuk tesisnya yang bertajuk “The Effect of Different Inoculants on the Wood Properties and Agarwood Formation of Aquilaria malaccensis Branch Wood” (Kesan Jenis Inokulasi Yang Berbeza Ke Atas Ciri-Ciri Dan Pembentukan Gaharu Pada Kayu Dahan  Aquilaria malaccensis (Karas)). 

Graduan yang berasal dari Kampung Marabahai, Tuaran, Sabah itu berkata beliau sangat teruja dan terharu dengan penerimaan anugerah ini kerana kajiannya itu sangat dekat di hatinya dan mempunyai nilai sentimental. Ia terinspirasi daripada pengalaman keluarganya sendiri yang bergantung kepada pokok Karas sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. 

“Saya mempunyai ramai ahli keluarga yang terlibat dalam penanaman pokok Karas ataupun bekerja di ladang pokok ini. Kami tahu pokok ini memang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Tetapi, masih banyak lagi yang kami tidak tahu terutamanya tentang kaedah paling murah dan cara biologikal untuk proses inokulasi pokok ini bagi menggalakkan penghasilan gaharu. Inilah yang telah mendorong saya untuk membuat kajian ini dengan menggunakan kulat kultur sebagai inokulan biologi (‘biological inoculant’). Dan saya menjadikan halaman belakang rumah makcik saya di Tuaran sebagai tapak kajian,” kata Alexander yang bercadang untuk melanjutkan pengajiannya dan membuat lebih banyak kajian tentang gaharu. 

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTCC, Datuk Haji Zainie Abdul Aucasa dan Chua Yong Perng di majlis penyampaian anugerah yang diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-24 pada 12 Disember lalu. Hadir sama ialah Naib Canselor, Datuk Dr Kasim Haji Mansor, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Rasid Mail dan Dekan Fakulti Hutan Tropika, Profesor Madya Dr Normah Awang Besar@Raffie.  

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTCC, Zainie berkata kajian Alexander telah dipilih kerana ianya menarik dan berjaya membandingkan kesan penggunaan dua spesies kulat yang berlainan – Fusarium sp. and Aspergillus sp. – sebagai inokulan biologi terhadap makroskopik kayu, mikroskopik kayu dan pembentukan gaharu pada kayu dahan pokok Aquilaria malaccensis. 

“Apa yang membuatkan ia lebih menarik ialah potensi kajian Alexander ini untuk digunakan sebagai asas untuk membawa lebih banyak impak positif bukan saja kepada komuniti tempatan yang bergantung kepada spesies pokok ini sebagai sumber pendapatan, tetapi juga kepada usaha-usaha untuk mengoptimakan nilai komersial hasil hutan bukan kayu seperti gaharu untuk masa hadapan,” kata      Zainie yang juga merupakan Presiden Sabah Wetlands Conservation Society.   

Zainie berkata Alexander telah dipilih daripada lima pencalonan yang telah diadili berdasarkan kecemerlangan akademik dan projek tahun akhir berkaitan dengan kelestarian hutan seperti pengurusan hutan mampan, pensijilan hutan, pengurusan sumber semula jadi, penilaian impak alam serta penggunaan produk kayu dan hasil hutan bukan kayu. Pemilihan pemenang juga dibuat berdasarkan potensi kajiannya untuk membuka jalan kepada lebih banyak penemuan masa depan yang boleh menyumbang ke arah memperkukuh usaha pengurusan hutan lestari atau memperluaskan skop pensijilan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTCC yang juga Timbalan Pengarah Sabah Timber Industries Association (STIA),Chua berkata selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara hutan dan sumber aslinya, MTCC berharap agar anugerah ini dapat memberikan inspirasi serta menjadi titik permulaan bagi graduan-graduan yang layak dan berpotensi untuk memilih karier dalam bidang kelestarian hutan atau bidang-bidang berkaitan kelestarian yang lain.

Tahun 2022 ialah tahun ke-7 bagi penganjuran Freezailah Forest Sustainability Award. Anugerah ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu yang berbakat dalam bidang perhutanan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Ia juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan hutan dan kelestarian di kalangan pelajar universiti. Anugerah ini diperkenalkan sebagai satu penghargaan kepada jasa dan sumbangan pengasas dan bekas pengerusi MTCC, Dato’ Dr Freezailah Che Yeom dalam pembentukan dan perkembangan MTCC dan MTCS sehingga skim pensijilan nasional ini berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.  

Scroll to Top