YBrs Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad Appointed as MTCC Chairman



KUALA LUMPUR, 19 May 2020 – The Malaysian Timber Certification Council (MTCC) welcomes Ybrs Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad as its new Chairman.  The appointment comes into effect on May 11, 2020.

Tuan Haji Kamaruzaman holds a Bachelor of Science in Education (Honours) (1997) and a Master of Science in Management Information System (2000) from Universiti Putra Malaysia. He began his career as an IT lecturer at a private college in 2000. He then moved on to join the IT industry for 3 years and other several service industries in the private sector, mainly takaful insurance, and among the positions he has held included Head of Web Integration Division and Head of Management Information System. He honed his skills and expertise in sales and services as well as people management when he managed a takaful and unit trust agency in 2007. Armed with his experience and a flair for entrepreneurship, he started running a business in the oil and gas industry in 2010 until present.       

Congratulating Tuan Haji Kamaruzaman on his appointment, MTCC CEO Yong Teng Koon said MTCC is very honoured to have Tuan Haji Kamaruzaman on board and looks forward to working closely with him in advancing Malaysia’s aspirations and goals for sustainable forest management and certification.

“With his knowledge and experience in services industry and people management, we have no doubt that Tuan Haji Kamaruzaman is poised to provide exemplary leadership to the MTCC Board of Trustees and management team. We also look forward to working closely with him as he would bring a fresh perspective in spearheading the sustainable forest management agenda through the implementation of the Malaysian Timber Certification Scheme, run by MTCC,” he said. 



YBrs Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad Dilantik Sebagai Pengerusi MTCC



KUALA LUMPUR, 19 MEI 2020 – Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) mengalu-alukan pelantikan Ybrs Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad sebagai Pengerusi MTCC yang baharu, berkuatkuasa pada 11 Mei 2020.

Tuan Haji Kamaruzaman merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) (1997) dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Sistem Maklumat (2000) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau memulakan kariernya sebagai Pensyarah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah kolej swasta pada tahun 2000 sebelum meneruskan kerjaya dalam industri perkhidmatan di sektor swasta khusus dalam bidang insurans takaful. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah sebagai Ketua Bahagian Integrasi Web serta Ketua Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat. Kamaruzaman mengasah kemahiran dan kepakarannya dalam bidang jualan, perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia ketika berkhidmat di sebuah agensi takaful dan amanah saham pada tahun 2007. Berbekalkan pengalaman serta kebolehan dalam bidang keusahawanan, beliau memulakan perniagaan dalam industri minyak dan gas sejak tahun 2010 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTCC, Yong Teng Koon yang menyuarakan ucapan tahniah beliau atas pelantikan tersebut berkata pihak MTCC amat berbesar hati dengan kehadiran Tuan Haji Kamaruzaman bersama MTCC dan amat mengalu-alukan kerjasama untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat Malaysia ke arah pengurusan hutan mampan dan pensijilan.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan dalam industri perkhidmatan serta pengurusan sumber manusia yang dimiliki beliau, kami yakin Tuan Haji Kamaruzaman akan dapat memimpin Lembaga Pemegang Amanah serta Bahagian Pengurusan MTCC dengan baik. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan baik, serta mengalu-alukan perspektif baharu yang bakal dibawakannya dalam menerajui agenda pengurusan hutan mampan menerusi pelaksanaan Skim Pensijilan Kayu Malaysia yang digerakkan oleh MTCC,” katanya.