ANNOUNCEMENT: Review of The MC&I (Forest Plantations) – First Public Comment (15 January – 16 March 2013)

In line with our earlier announcement related to the above matter, the Malaysian Timber Certification Council (MTCC) is hereby putting forward the MC&I(Forest Plantations) which is the forest management standard used for the certification of forest plantations under the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), for a 60-day public comment period that starts from 15 January to 16 March 2013. This review process is conducted in line with international practices that a certification standard be reviewed once every five years to ensure continuous improvement.

As announced earlier, based on the Process and Proposed Timelines for the Review of MC&I(Forest Plantations), the review process will see the Enquiry Draft 1 be subjected to a second 30-day public comment period scheduled in August 2013 and the Final Draft subjected to a third and final 60-day public comment period in March-April 2014.

It is anticipated that the full review process of the MC&I(Forest Plantations) will take a total of 18 months (from January 2013 – June 2014).

In this connection, MTCC as the Secretariat facilitating the review process would like to invite you to provide your comments on the MC&I(Forest Plantations), which could include, among others, proposals for any amendment to the existing Principles, Criteria, Indicators and Verifiers contained in the MC&I(Forest Plantations).

Please kindly indicate your proposals for any amendment/deletion/addition, the reasons for your proposals, as well as provide your suggested wording for the proposed changes to the Principle, Criterion, Indicator or Verifier.  To facilitate the Secretariat’s work in compiling the comments, we would appreciate if the comments could be submitted according to the following format.

We would greatly appreciate if you could submit your comments to the Secretariat via e-mail at info@mtcc.com.my or facsimile at 603-2161 2293 or post to the following address by 16 March 2013:

Chief Executive Officer
Malaysian Timber Certification Council (MTCC)
C-08-05, Block C, Megan Avenue II
12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

For further information on the standard review process, please contact Miss Siti Syaliza Mustapha at siti@mtcc.com.my or call 603-2161 2298

 

B.M. Version

PENGUMUMAN

SEMAKAN SEMULA KRITERIA DAN PETUNJUK BAGI PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN DI MALAYSIA (LADANG HUTAN) [MC&I(LADANG HUTAN)]

KOMEN UMUM KALI PERTAMA
(Tempoh Komen: 15 Januari – 16 Mac 2013)

Lanjutan daripada pengumuman awal berkaitan dengan perkara di atas, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dengan ini mengumumkan bahawa standard bagi pensijilan pengurusan ladang hutan iaitu MC&I(Ladang Hutan) yang digunakan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) kini dibuka untuk tujuan komen umum buat kali yang pertama selama 60 hari, bermula dari 15 Januari hingga 16 Mac 2013. Proses semakan semula ini dijalankan seiring dengan amalan antarabangsa yang mengkehendaki semakan semula standard dijalankan pada setiap lima tahun untuk pembaikan yang berterusan.

Berdasarkan kepada Proses dan Cadangan Rangkawaktu untuk Semakan Semula MC&I(Ladang Hutan) sepertimana yang telah diumumkan, adalah dijadualkan bahawa Draf Pertanyaan 1 akan melalui proses komen umum untuk kali yang kedua selama 30 hari pada bulan Ogos 2013 dan komen umum kali ketiga ke atas Draf Akhir selama 60 hari pada bulan Mac – April 2014.

Adalah dijangkakan bahawa keseluruhan proses semakan semula standard MC&I(Ladang Hutan) akan mengambil masa selama 18 bulan (mulai bulan Januari 2013 hingga Jun 2014).

Sehubungan dengan ini, MTCC sebagai Sekretariat yang menyelaraskan proses semakan semula MC&I(Ladang Hutan) ingin menjemput Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan komen-komen ke atas MC&I(Ladang Hutan) yang boleh meliputi, antara lain, cadangan untuk pindaan ke atas Prinsip, Kriteria, Petunjuk dan Verifier yang terkandung di dalam MC&I(Ladang Hutan).

Adalah diharapkan cadangan-cadangan untuk pindaan/pengguguran/penambahan, sebab-sebab cadangan serta cadangan bentuk ayat yang sesuai bagi setiap cadangan pindaan bagi mana-mana Prinsip, Kriteria, Petunjuk dan Verifier dapat dikemukakan kepada pihak Sekretariat. Untuk membantu pihak Sekretariat dalam mengumpulkan semua komen, sukacita sekiranya komen-komen tersebut dapat dikemukakan dalam format berikut.

Kami amat berbesar hati sekiranya  komen-komen dapat dikemukakan kepada Sekretariat melalui e-mel kepada info@mtcc.com.my atau faks kepada 603-2161 2293 atau poskan kepada alamat yang berikut sebelum atau pada 16 Mac 2013:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)
C-08-05, Block C, Megan Avenue II
12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut mengenai proses semakan semula standard, sila hubungi Cik Siti Syaliza Mustapha di siti@mtcc.com.my atau telefon 603-2161 2298