Public Notification: Forest Management Assessment of Anap Muput Forest Management Unit (FMU), Sarawak

PEMBERITAHUAN UMUM

PENILAIAN PENGURUSAN HUTAN KE ATAS UNIT PENGURUSAN HUTAN (FMU) ANAP MUPUT, SARAWAK

FMU Anap-Muput merupakan FMU kedua di Sarawak yang melalui pensijilan di bawah skim pensijilan kayu MTCC. FMU ini yang meliputi kawasan seluas 106,820 hektar terletak di Daerah Tatau, di dalam Bahagian Bintulu dan diuruskan oleh Zedtee Sdn. Bhd.; kontraktor utama bagi Shin Yang Trading Sdn. Bhd. yang mana merupakan pemegang lesen bagi FMU ini. Peta lokasi FMU ini adalah seperti di Lampiran I.

Satu pra-penilaian untuk menentukan sama ada FMU ini bersedia untuk penilaian terhadap keperluan Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia [MC&I(2002)] telah dijalankan oleh satu kumpulan penilai dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. [“SIRIM QAS”] pada 22-26 Mei 2006. Penilaian penuh FMU terhadap keperluan MC&I(2002) akan dikendalikan oleh SIRIM QAS pada 23-27 Julai 2007.

MTCC mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan dari semua kumpulan berkepentingan (stakeholders) berkaitan dengan pensijilan FMU ini terhadap keperluan MC&I(2002). Adalah diharapkan komen-komen dapat disalurkan kepada MTCC sama ada melalui faks (03-9200 6008) atau melalui e-mail di info@mtcc.com.my sebelum atau pada 21 Julai 2007.

 

PUBLIC NOTIFICATION

FOREST MANAGEMENT ASSESSMENT OF ANAP MUPUT FOREST MANAGEMENT UNIT (FMU), SARAWAK

The Anap-Muput FMU is the second FMU in Sarawak to undergo certification under the MTCC timber certification scheme.  The Anap-Muput FMU which is located in the Tatau District, Bintulu Division is managed by Zedtee Sdn. Bhd., the main contractor to Shin Yang Trading Sdn. Bhd. which is the Licensee of the FMU.

A pre-assessment to determine whether the Anap-Muput FMU is ready for the assessment against the requirements of the Malaysian Criteria and Indicators for Forest management Certification [MC&I(2002)]  was conducted by an assessment team from SIRIM QAS International Sdn. Bhd.[“SIRIM QAS”] on 22-26 May 2006.  The full assessment of compliance of the FMU to the requirements of the MC&I(2002) is now scheduled to be conducted by SIRIM QAS on 23-27 July 2007.  A location map of the FMU is attached as Appendix I.

MTCC welcomes any comments or feedback from all stakeholder groups with regard to the certification of this FMU against the requirements of the MC&I(2002).  Please kindly forward your comments to MTCC either by facsimile (03-92006008) or via email at info@mtcc.com.my before or by 21 July 2007.

Appendix I