MTCC Pays Courtesy Visit to Minister of Plantation Industries and Commodities



Putrajaya, 17 June – MTCC’s management team led by Chairman, Tuan Kamaruzaman Mohamad paid a courtesy visit to the Minister of Plantation Industries and Commodities, YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at his office in Putrajaya.

Despite his busy schedule, Datuk Dr Mohd Khairuddin graciously spent an hour with the team and was briefed by MTCC Chief Executive Officer, Yong Teng Koon on the role and functions of the Council, and the latest update on the implementation of the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), including issues and challenges involved.

The visit was joined by Senior Manager (Finance and Administration), Noor Eshah Yat, Senior Manager (Forest Management), Siti Syaliza Mustapha, Manager (Product), Sabrina Mawasi and Senior Executive (Public Relations and Marketing), Muhammad Hasif Azizan.

The meeting also saw the Minister presenting the chairmanship appointment letter to Kamaruzaman who took office on May 11.



MTCC mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Putrajaya, 17 Jun – Rombongan pengurusan atasan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) diketuai Pengerusi, Tuan Kamaruzaman Mohamad mengadakan kunjungan bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali di pejabatnya di Putrajaya.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTCC, Yong Teng Koon menyampaikan taklimat kepada YB Menteri tentang peranan dan fungsi majlis tersebut, serta perkembangan terkini berkaitan pengoperasian Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) termasuk cabaran dan isu berkaitan.   

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Pengurus Kanan (Kewangan dan Pentadbiran), Noor Eshah Yat, Pengurus Kanan (Pengurusan Hutan), Siti Syaliza Mustapha, Pengurus (Produk), Sabrina Mawasi dan Eksekutif Kanan (Perhubungan Awam dan Pemasaran), Muhammad Hasif Azizan.

Pada masa yang sama, YB Menteri turut menyampaikan surat pelantikan kepada Kamaruzaman yang dilantik sebagai Pengerusi pada 11 Mei lalu.