Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities visited MTCC

Kuala Lumpur, 30 June 2020 – Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities, YB Tuan Willie Mongin today visited the Malaysian Timber Certification Council (MTCC) to understand the functions of MTCC in sustainable forest management efforts in Malaysia.

Received by MTCC Chairman, Tuan Kamaruzaman Mohamad, the Deputy Minister and his entourage from the Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC) were given a briefing by MTCC Chief Executive Officer, Yong Teng Koon on the Council and its operations including the various challenges and issues faced.

Also present were Senior Under Secretary, Timber, Tobacco and Kenaf Development Division (KTK), MPIC, S. Letchumanan Shanmugam, Senior Principal Assistant, KTK Division, Eleine Juliana Malek, Senior Manager (Administration and Finance), Noor Eshah Yat, Senior Manager (Forest Management), Siti Syaliza Mustapha and Manager (Product), Sabrina Mawasi.


Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kunjungi MTCC

Kuala Lumpur, 30 Jun 2020 – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Tuan Willie Mongin mengadakan lawatan ke Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) untuk memahami peranan MTCC dalam melaksanakan pengurusan hutan mampan di Malaysia.

Beliau dan pegawai pengiring disambut oleh Pengerusi MTCC, Tuan Kamaruzaman Mohamad dan telah menerima taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif MTCC, Yong Teng Koon mengenai operasi MTCC termasuk isu dan cabaran yang dihadapi oleh majlis tersebut.

Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Kemajuan Industri Kayu-Kayan, Tembakau dan Kenaf (KTK), S. Letchumanan Shanmugam, Ketua Penolong Setiausaha Kanan KTK, Eleine Juliana Malek, Pengurus Kanan (Pentadbiran dan Kewangan) Noor Eshah Yat, Pengurus Kanan (Pengurusan Hutan) Siti Syaliza Mustapha dan Pengurus (Produk) Sabrina Mawasi.

Scroll to Top