Compilation of Comments Received from Regional Stakeholder Consultations on Enquiry Draft 2 – Review of MC&I(Forest Plantations)

REGIONAL STAKEHOLDER CONSULTATION ON THE
REVIEW OF THE MALAYSIAN CRITERIA AND INDICATORS FOR FOREST MANAGEMENT CERTIFICATION (FOREST PLANTATIONS) [MC&I(FOREST PLANTATIONS)]

 

Three Regional Stakeholder Consultations on Enquiry Draft 2 of the MC&I(Forest Plantations) were conducted in Kuching, Kota Kinabalu and Kuala Lumpur on 8 April, 10 April and 15 April 2014 respectively. A total of 126 stakeholders representing the social (indigenous peoples and worker union), environmental and economic interest groups, and relevant government agencies attended the regional stakeholder consultations.

The Regional Stakeholder Consultations were held to obtain further comments and feedback from the stakeholders on the Enquiry Draft 2, as well as for the Secretariat and Members of the Standards Review Committee (SRC) of the respective region to provide updates and clarification on the standard review process.

As a result of the regional consultations, numerous recommendations and proposals were received on the Enquiry Draft 2, with the key proposal being to streamline the requirements of Principle 10 by incorporating them into the corresponding requirements of Principle 1 to 9 of the MC&I(Forest Plantations).

The Secretariat of the SRC would like to thank all stakeholders who have attended and provided their comments and inputs during the Regional Consultations held in the three regions. The comments and proposals received from the stakeholders have been compiled and will be considered by the SRC at its Third Meeting scheduled to be held from 7 – 9 July 2014 in Kota Kinabalu, Sabah.

Send us an e-mail at info@mtcc.com.my should you wish to be included in our mailing list and receive updates on the review process.

 


 

PERUNDINGAN PERINGKAT SERANTAU

SEMAKAN SEMULA KRITERIA DAN PETUNJUK MALAYSIA BAGI PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN (LADANG HUTAN) [MC&I(LADANG HUTAN)]

 

Tiga Perundingan Peringkat Serantau ke atas Draf Pertanyaan 2 bagi MC&I(Ladang Hutan) telah diadakan di Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur masing-masing pada 8 April, 10 April dan 15 April 2014. Seramai 126 peserta yang mewakili pihak berkepentingan dari kumpulan sosial (orang asli dan kesatuan pekerja), alam sekitar dan ekonomi serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah menghadiri perundingan tersebut.

Perundingan tersebut telah diadakan untuk mendapatkan komen lanjut dan maklumbalas daripada pihak berkepentingan mengenai Draf Pertanyaan 2 serta memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat terkini dan penjelasan lebih lanjut berkenaan proses semakan semula standard daripada Sekretariat serta Ahli-ahli Jawatankuasa Semakan Semula Standard (SRC) dari kawasan masing-masing.

Hasil daripada perundingan serantau yang diadakan, beberapa cadangan telah diterima daripada pihak berkepentingan dengan cadangan utama ialah menggabungkan keperluan Prinsip 10 dengan keperluan-keperluan Prinsip 1 hingga 9 yang sepadan di dalam MC&I(Hutan Ladang).

Sekretariat SRC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang telah menghadiri dan memberi komen serta cadangan semasa Perundingan Peringkat Serantau yang telah diadakan. Komen-komen dan cadangan yang diterima daripada pihak-pihak berkepentingan telah digabung dan akan dipertimbangkan oleh SRC pada Mesyuarat Ketiga yang akan diadakan pada 7 – 9 Julai 2014 di Kota Kinabalu, Sabah.

Sila e-mel kami di info@mtcc.com.my jika anda ingin menyertai senarai e-mel kami dan menerima maklumat terkini mengenai proses semakan semula standard.