PUBLIC CONSULTATION ON MALAYSIAN CRITERIA AND INDICATORS FOR FOREST MANAGEMENT CERTIFICATION – ENQUIRY DRAFT

 20 MAY 2019 – 19 JULY 2019



MTCC is pleased to announce that the  Enquiry Draft version  of the Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification or MC&I Forest Management Certification is now open for a 60-day public consultation starting from 20 May 2019 – 19 July 2019

The Enquiry Draft, which is a revised and merged standard that combines the requirements of both the MC&I(Natural Forest) and MC&I Forest Plantation.v2 was finalised by the Standards Review Committee (SRC) at its Fourth Meeting held on 18-20 February 2019. The MC&I Forest Management Certification maintains the similar format as per the previous standards with updated requirements through deliberation on the feedback received from the first public consultation as well as the key requirements of the ISO 17021-1 Conformity assessment – Requirements for bodies providing audit and certification of management systems – Part 1: Requirements,and the PEFC benchmark standard on sustainable forest management. The major changes to the revised MC&I Forest Management Certification are as summarised below:

  1. Incorporation and streamlining of the requirements under Principle 10 of the MC&I Forest Plantation.v2 into the corresponding Principles 1-9 of the MC&I Forest Management to reduce redundancy. All the requirements in the standard apply to both natural forest and forest plantation, with requirements that apply only to natural forest or forest plantation clearly specified.
  2. Inclusion of requirement on conversion of degraded forest to forest plantation that is not subject to the cut-off date of 31 December 2010 for conversion of natural forest to other land uses.
  3. Stronger requirements on social aspects through the incorporation of all core ILO Conventions and the principle of gender equality.
  4. Incorporation of requirements that provide guidance for internal audit and management review and improvement.
  5. Improved clarity on the requirements for communicating claims from certified areas.


Stakeholders are invited to submit comments and/or proposals for amendments to the Enquiry Draft, providing justification for the proposals as well as the suggested wording for the proposed changes. 

To provide further clarification on the Enquiry Draft, particularly to the changes that have been made, MTCC will be organising a series of regional consultation as follows:

  • Kota Kinabalu, Sabah          :2 July 2019
  • Kuching, Sarawak                 :4 July 2019
  • Kuala Lumpur, Peninsula  : 9 July 2019

Details on the venue of these consultations will be provided in due time.


Kindly submit all comments using the  Public Comment Feedback Form either by e-mail to Ms Siti Syaliza (siti@mtcc.com.my) and Mr Melvin Ku (melvin@mtcc.com.my) or by facsimile to 03-2161 2293 or by post to the MTCC office latest by 19 July 2019 at the address below:

Chief Executive Officer

Malaysian Timber Certification Council

C-8-5, Block C, Megan Avenue 2

No. 12, Jalan Yap Kwan Seng

50450 Kuala Lumpur

WILAYAH PERSEKUTUAN


Your kind cooperation and support in this matter is highly appreciated. Thank you.


 PERUNDINGAN AWAM MENGENAI KRITERIA DAN PETUNJUK MALAYSIA UNTUK PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN – DRAF PERTANYAAN

 20 MEI 2019 – 19 JULAI 2019



MTCC dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Draf Pertanyaan Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pensijilan Pengurusan Hutan atau MC&I Pensijilan Pengurusan Hutan kini dibuka untuk perundingan awam selama 60 hari bermula dari 20 Mei 2019 – 19 Julai 2019

Draf Pertanyaan adalah standard yang menggabungkan keperluan MC&I(Hutan Asli) dan MC&I Forest Plantation.v2 yang telah disemak semula dan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Semakan Semula Standard (SRC) pada Mesyuarat Keempat yang telah diadakan pada 18-20 Februari 2019. MC&I Pensijilan Pengurusan Hutan mengekalkan format yang sama seperti standard terdahulu dengan keperluan standard yang telah dikemaskini melalui pertimbangan maklumbalas yang diterima semasa komen umum yang pertama, keperluan utama di bawah ISO 17021-1 Conformity assessment – Requirements for bodies providing audit and certification of management systems – Part 1: Requirements serta standard piawaian pengurusan hutan mampan PEFC. Perubahan utama kepada MC&I Pensijilan Pengurusan Hutan yang telah dikemaskini adalah seperti berikut:

  1. Penggabungan dan penyelarasan keperluan Prinsip 10 dalam MC&I Forest Plantation.v2 dengan keperluan yang sepadan dalam Prinsip 1-9 MC&I Pengurusan Hutan untuk mengurangkan kelewahan. Semua keperluan dalam standard ini tergunapakai untuk kedua-dua jenis hutan asli dan ladang hutan dengan keperluan yang terpakai hanya untuk hutan asli atau ladang hutan dinyatakan secara spesifik. 
  2. Syarat tambahan untuk penukaran hutan terosot ke ladang hutan yang tidak tertakluk kepada tarikh penggalan pada 31 Disember 2010 bagi penukaran hutan asli kepada guna tanah yang lain.
  3. Keperluan yang lebih teguh terhadap aspek sosial melalui penggabungan semua Konvensyen Teras ILO serta prinsip kesaksamaan jantina.
  4. Tambahan  keperluan yang memberikan panduan bagi pelaksanaan audit dalaman serta semakan pengurusan dan penambahbaikan.
  5. Penambahbaikan standard dari segi keperluan bagi menyampaikan maklumat pensijilan dari kawasan yang tersijil.

Pihak berkepentingan dijemput untuk mengemukakan komen dan/atau cadangan untuk pindaan kepada Draf Pertanyaan, dengan memberikan sebab-sebab bagi cadangan serta cadangan perkataan/penyataan untuk pindaan yang dicadangkan.

Bagi memberikan penjelasan lanjut tentang keperluan dalam Draf Pertanyaan, terutamanya atas perubahan yang telah dibuat, MTCC akan menganjurkan satu siri perundingan serantau seperti berikut:

  • Kota Kinabalu, Sabah               :2 Julai 2019
  • Kuching, Sarawak                    :4 Julai 2019
  • Kuala Lumpur, Semenanjung   : 9 Julai 2019

Butiran lanjut mengenai perundingan ini akan dikemukakan dalam waktu terdekat.


Sila kemukakan semua komen menggunakan Borang Maklumbalas Komen Umum melalui e-mel kepada Cik Siti Syaliza (siti@mtcc.com.my) dan En Melvin Ku (melvin@mtcc.com.my) atau melalui faks ke 03-2161 2293 atau pos ke pejabat MTCC pada atau sebelum 19 Julai 2019kepada alamat berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif

Malaysian Timber Certification Council

C-8-5, Block C, Megan Avenue 2

No. 12, Jalan Yap Kwan Seng

50450 Kuala Lumpur

WILAYAH PERSEKUTUAN


Kerjasama dan sokongan anda dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.