Announcement: Review of the MC&I(2002) – First Public Comment

ANNOUNCEMENT

REVIEW OF THE MALAYSIAN CRITERIA AND INDICATORS FOR FOREST MANAGEMENT CERTIFICATION [MC&I(2002)] – FIRST PUBLIC COMMENT

(Date: 1 April 2009)

In line with our earlier announcement related to the above matter, the Malaysian Timber Certification Council (MTCC) is hereby putting forward the MC&I(2002) which is the existing forest management certification standard used under the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), for a 60-day public comment period that starts today (1 April – 31 May 2009) as part of the first review process to further refine and improve the MC&I(2002), based on the feedback and experience gained through its application in the field.

As announced earlier, based on the Process and Proposed Timelines for the Review of MC&I(2002), the review process will see the draft revised standard be subjected to a second 30-day public comment period scheduled in November 2009 and a third 60-day public comment period in May-June 2010.

It is anticipated that the full review process of the MC&I(2002) will take a total of 16 months (from April 2009 to July 2010).

In this connection, MTCC as the Secretariat facilitating the review process would like to invite you to provide your comments on the MC&I(2002), which could include, among others, proposals for any amendments/deletions/additions to the existing Principles, Criteria, Indicators and Verifiers contained in the MC&I(2002).

Please kindly indicate your proposals for any amendments/deletions/additions, the reasons for your proposals, as well as provide your wording for any proposed changes to any Principle, Criterion, Indicator or Verifier.  To facilitate the Secretariat’s work in compiling the comments, we would appreciate if the comments are submitted based on the following format.

We would greatly appreciate if you could submit your comments to the Secretariat via e-mail at info@mtcc.com.my or facsimile at 603-92006008 or post to the following address by 31 May 2009:

Chief Executive Officer
Malaysian Timber Certification Council (MTCC)
19 F, Level 19, Tower 1, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur

For further information on the standard review process, please contact Yong Teng Koon at yongtk@mtcc.com.my or call 603-92005008.

PENGUMUMAN

SEMAKAN SEMULA KRITERIA DAN PETUNJUK BAGI PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN DI MALAYSIA [MC&I(2002)] – KOMEN UMUM BAGI KALI PERTAMA

(Tarikh: 1 April 2009)

Sejajar dengan pengumuman sebelum ini berkaitan dengan perkara di atas, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dengan ini mengumumkan bahawa standard bagi pensijilan pengurusan hutan iaitu MC&I(2002) yang sedang digunakan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) sekarang dibuka untuk tujuan komen umum kali pertama selama 60 hari bermula hari ini (1 April – 31 Mei 2009), sebagai langkah pertama proses semakan semula untuk memperbaiki MC&I(2002), berdasarkan maklumbalas dan pengalaman yang diperolehi menerusi penggunaan standard ini di lapangan.

Sepertimana yang telah diumumkan, berdasarkan kepada Proses dan Cadangan Rangkawaktu untuk Semakan Semula MC&I(2002), sepanjang proses semakan semula, draf standard akan melalui proses komen umum bagi kali kedua selama 30 hari yang dijadualkan pada bulan November 2009 dan komen umum bagi kali ketiga selama 60 hari pada bulan Mei hingga Jun 2010.

Adalah dijangkakan bahawa keseluruhan proses semakan semula standard MC&I(2002) akan mengambil masa selama 16 bulan (mulai bulan April 2009 hingga Julai 2010).

Sehubungan dengan ini, MTCC sebagai Sekretariat yang menyelaraskan proses semakan semula MC&I(2002) ingin menjemput komen-komen ke atas MC&I(2002) yang boleh meliputi, antara lain, cadangan untuk pemindaan/pengguguran/penambahan ke atas Prinsip-Prinsip, Kriteria-Kriteria, Petunjuk-Petunjuk dan Verifiers yang terkandung di dalam MC&I(2002).

Adalah diharapkan cadangan-cadangan untuk pemindaan/pengguguran/penambahan, sebab-sebab cadangan serta cadangan bentuk ayat yang sesuai bagi setiap cadangan pindaan bagi mana-mana Prinsip, Kriteria, Petunjuk dan Verifier dapat dikemukakan kepada pihak Sekretariat. Untuk memudahkan kerja pihak Sekretariat di dalam mengumpulkan semua komen, sukacita sekiranya komen-komen tersebut dapat dikemukakan dengan menggunakan format yang telah dikemukakan.

Kami amat berbesar hati sekiranya  komen-komen dapat dikemukakan kepada Sekretariat melalui e-mel di info@mtcc.com.my atau faks kepada 603-9200 6008 atau poskan kepada alamat yang berikut sebelum atau pada 31 Mei 2009:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)
19F, Level 19, Menara 1, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut mengenai proses semakan semula standard, sila hubungi Yong Teng Koon di yongtk@mtcc.com.my atau telefon 603-9200 5008.