Announcement: Review of the MC&I(Natural Forest)

Published Date : November 16, 2016

Announcement on the Review of the Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I(Natural Forest)]

The Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest), or in short MC&I(Natural Forest) which is the standard used for forest management certification of the natural forest under the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) since July 2012 is now due for a review.

According to the MTCS technical document entitled Rules on Standard Setting Process for Development of Timber Certification Standards (SSP3/2014), the forest management standard used is required to be reviewed at least every five years in order to ensure continuous improvement. It is anticipated that the entire review process would take 22 months and would involve the conduct of public comments on enquiry draft, meetings of Standards Review Committee (SRC) and regional consultations. The review of the MC&I(Natural Forest) is expected to be concluded in 2017.

Based on the outcome of the MTCC Stakeholder Dialogue 2015 held on 28 July, the upcoming review of the MC&I(Natural Forest) will consider merging and incorporating the requirements of the MC&I Forest Plantation.v2 into a single document.

Please find below the links to the letters sent out on 8 October 2015 to stakeholders by region as follows:

  1. Letter to Stakeholders in Sabah
  2. Letter to Stakeholders in Sarawak
  3. Letter to Stakeholders in Peninsular Malaysia

We would appreciate any comment and suggestion on the (i) Proposed Process and Timelines for Review of the MC&I and Streamlining of Forest Management Certification Standards and (ii) Identified Stakeholders by Interest Groups. Kindly provide your comments and suggestions by filling up the “Stakeholder Comment Form” and submit it to Mr. Cheah Chi Ern by email (cheah@mtcc.com.my) or by fax 03-2161 2293 by 8 November 2015. Please be informed that this announcement has been communicated by e-mail/and post to all the relevant stakeholder groups in Malaysia as per listed.

 


 

Pengumuman Semakan Semula Kriteria dan Petunjuk Malaysia bagi Pensijilan Pengurusan Hutan (Hutan Asli) [MC&I(Hutan Asli)]

Kriteria dan Petunjuk Malaysia bagi Pensijilan Pengurusan Hutan (Hutan Asli) atau secara ringkasnya MC&I(Hutan Asli), adalah merupakan standard yang digunakan untuk pensijilan pengurusan hutan asli di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) sejak bulan  Julai 2012 dan kini perlu disemak semula.

Menurut Peraturan Proses Penetapan Standard untuk Membangunkan Standard Pensijilan Kayu (Rules on Standard Setting Process for Development of Timber Certification Standards) (SSP3/2014) di bawah MTCS, suatu standard pengurusan hutan perlu disemak semula dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun untuk penambahbaikan yang berterusan. Proses ini dijangka mengambil masa 22 bulan untuk dimuktamadkan, dan akan melibatkan konsultasi umum pada draf pertanyaan, mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Standard (SRC), dan rundingan peringkat serantau. Semakan semula MC&I(Hutan Asli) dijangka dimuktamadkan dalam tahun 2017.

Berdasarkan keputusan Dialog Pihak Berkepentingan MTCC (MTCC Stakeholder Dialogue) yang telah diadakan pada 28 Julai, semakan standard MC&I(Hutan Asli) ini akan turut memberi pertimbangan untuk  menggabungkan dan menyeragamkan keperluan MC&I(Ladang Hutan) sebagai satu dokumen.

Tertera di bawah adalah pautan kepada surat yang dihantar pada 8 Oktober 2015 kepada pihak berkepentingan mengikut rantau seperti berikut:

  1. Surat kepada Pihak Berkepentingan di Sabah
  2. Surat kepada Pihak Berkepentingan di Sarawak
  3. Surat kepada Pihak Berkepentingan di Semenanjung Malaysia

Kami sangat menghargai komen dan cadangan mengenai (i) Cadangan Proses dan Rangkawaktu bagi Semakan Semula MC&I(Hutan Asli) dan Penyelarasan Standard Pensijilan Pengurusan Hutan dan (ii) Pihak Berkepentingan yang Dikenalpasti mengikut Kumpulan Kepentingan. Sila berikan komen dan cadangan anda dengan mengisi “Borang Komen Pihak Berkepentingan” dan menyerahkan kepada En Cheah Chi Ern melalui e-mel (cheah@mtcc.com.my) atau melalui faks 03-2191 2293 sebelum 8 November 2015. Harap maklum bahawa pengumuman ini telah dihantar kepada semua pihak berkepentingan yang berkaitan di Malaysia seperti yang disenaraikan melalui e-mel dan pos.

Latest News & Events